Rabu, 19 September 2012

Siapa itu Dajjal ??

Dajjal adalah seorang manusia
dari keturunan Yahudi.
Dia bukan Jin atau apapun makhluk
lain selain ia sebagai manusia yg
ditangguhkan ajalnya (Minal Munzharin), seperti halnya Nabi
Isa as yg di angkat oleh Allah swt
ke atas langit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau
nantinya turun semula keatas
muka bumi ini lalu beliau akan
mati dan di kuburkan di Madinah
AlMunawwarah.
Sama juga halnya dgn Iblis yg di
tangguhkan kematiannya
sehingga kiamat nanti.

Ayahnya seorang yg tinggi
dan gemuk. Hidungnya seperti
paruh burung, sedangkan ibunya
pula seorang perempuan gemuk
dan banyak dagingnya.
Menurut Imam Al Barzanji, ada
pendapat mengatakan bahawa
asal keturunan bapanya
ialah seorang Dukun Yahudi yg di
kenali dgn "syaqq" manakala
ibunya adalah dari bangsa Jin.

Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman
as dan mempunyai hubungan
dengan makhluk halus. Lalu oleh
Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan
kehidupan masa kecil tidak
diketahui dgn jelas.

Ciri - cirinya:
"dalam Hadis Huzaifah r.a",
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Dajjal ialah orang yang buta
matanya sebelah kiri, lebat
(panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga dan Neraka.
Nerakanya itu merupakan Syurga
dan Syurganya pula ialah Neraka
(Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan
Dajjal yg disebutkan dalam Hadis
Rasulullah saw, diantaranya:
"Seorang yg kelihatannya masih
muda, berbadan besar dan agak
kemerah-merahan, rambutnya
kerinting dan tebal.

Kelihatan dari belakang seolah-
olah dahan kayu yg rimbun. Dan
tandanya yg paling ketara sekali
ada dua:

Pertama, Buta mata kirinya dan kelihatan seperti
buah kismis yg kecut, manakala
mata kanannya tertonjol keluar
kehijau-hijauan berkelip-kelip
laksana bintang.
Jadi kedua matanya adalah
cacat.

Kedua, Tertulis didahinya
tulisan " Kafir (Kaf-Fa-Ra)".
Tulisan ini dapat dibaca oleh
setiap org Islam, tergantung ia pandai membaca atau tidak.

Menurut hadis riwayat At-
Thabrani, kedua tanda ini
menjelma dalam diri Dajjal
setelah ia mengaku sebagai
Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tanda yg terakhir ini
belum ada pada dirinya.

Menurut riwayat yg sahih yg
disebutkan dlm kitab "Shahih
Muslim", bahawa Dajjal itu
sudah wujud sejak beberapa
lama.
Ia dirantai di sebuah pulau (yang katanya "segitiga bermuda ")
dan ditunggu oleh seekor
binatang besar yg bernama "Al-
Jassasah".

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 komentar: